20 July 2009
APA JADI UMNO KUALA KEDAH?
'Ketua Penerangan Kuala Kedah letak jawatan. Seluruh UMNO Kuala (Kedah) hampir lumpuh kerana ketua lemah.'
Begitu bunyi SMSnya.
Maka usaha pun segera dibuat untuk menghubungi individu berkenaan; Dr. Wan Rushidi, yang juga Setiausaha Penerangan UMNO Kedah.
Gagal.
Dan sampai sekarang usaha itu masih tak berjaya.
Jeanbara teringat kesempatan berkenalan dan berbual-bual dengan Dr. Wan di Holiday Villa sedikit waktu dahulu. Sebelum itu kami memang 'dah berkenalan' melalui kerajinannya mengunjungi Depakata. Kesimpulan awal yang boleh dibuat selepas mengenalinya ialah dia budak baik, berhemah orangnya - karektor yang makin jarang ditemui di kalangan orang UMNO sekarang ni.
Dalam pertemuan singkat itu Jeanbara sempat berpesan padanya, lebih kurang macam ni: 'Doc, orang muda macam you, yang ada kedudukan, ada kelulusan, selalunya akan menghadapi laluan yang keras dalam UMNO. But please, jangan give up...'
Tak sampai tiga minggu kemudian, Dr. Wan, seorang doktor pakar di KMC 'angkat tangan'.
Difahamkan, dia melepaskan juga jawatan Setiausaha Penerangan UMNO Kedah.
Kenapa?
Apa sebenarnya yang terjadi, dan apa sebenarnya yang tak kena?
Hanya yang empunya diri tahu sebab sebenarnya.
Dan kita tunggu, kut-kut Dr. Wan sudi berkongsi sebab itu dengan kita semua. Kut-kut la...
19 July 2009
NOSTALGIA BERULANG
Latar Tempat: Kampung Pasir Wardieburn, Setapak
Pilihanraya umum baru sahaja lepas. Parti pemerintah gagal di banyak tempat. DAP yang merupakan peninggalan PAP telah berjaya mengaut kemenangan yang agak besar sepanjang tempoh kewujudan mereka.
"Roket sudah naik atas. Kapal masih di laut. Boleh kasi tembak kasi tenggelam la. Nanti laut kita punya."
Itu adalah ayat yang diulang-ulang oleh beberapa kelompok orang Cina yang menghuni bahagian hadapan Kampung Pasir Wardieburn (di sepanjang Jalan Genting Kelang). Kematian seorang tua di Jinjang dan kemudian diarak, bertukar menjadi perarakan membawa penyapu dan 'menyapu' orang Melayu yang mereka temui. Rapat Umum untuk meraikan kemenangan juga berlangsung di merata-rata tempat.
Tengah malam, seorang Cina tua - sekarang masih lagi menjual sayur di pasar Chow Kit - datang ke rumah penulis untuk memaklumkan orang Melayu di Kampung Pasir Wardieburn telah lari ke Kem Wardieburn mencari perlindungan dan orang-orang Cina mula berkumpul dengan pelbagai jenis senjata.
Panggung Odeon telah diserang. Satu iklan dalam bahasa Cina yang meminta para penonton berbangsa Cina keluar dari panggung disiarkan. Yang tinggal hanya orang Melayu dan segelintir kaum India. Tragedi berlaku....
Hari ini, perkara yang sama seperti sedang dilakukan oleh pihak yang sama. Cuma kali ini ditaja oleh orang Melayu yang lapar kuasa dan cuba mengalih kes mahkamah yang sedang dihadapinya. (Baca di sini)
p/s: Penulis hadhir dalam kemelut perkauman terburuk di Tanah Melayu pada 1969 di Kampung Pasir Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur.
Cucu Tok Wan
Melayu berhak!
UMNO adalah tunjang kepada perjuangan BN dan pemipin UMNO jugak haruslah boleh diterima oleh melayu diluar UMNO dan bangsa lain.Untuk membuatkan rakyat menerima UMNO,orang UMNO haruslah berjuang dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang betul.Sejarah jugak membuktikan UMNO dan BN dapat menyatukan semua rakyat Malaysia berdasarkan perkongsian kuasa.walaupun parti komponen mengalami kekalahan,BN masih melantik pemimpin parti komponen menjadi menteri tetapi pakatan rakyat hanyalah untuk kepentingan dan kuasa parti mereka sendiri.Baru berkuasa mereka terus bertelagah untuk berebut kuasa kerana kesepakatan mereka tidak ada dan hanya bersifat sementara dan cuma mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO/BN..UMNO kalah adalah kerana sikap sendiri,bertelegah sesama sendiri bukan untuk sedekah jariah tetapi untuk pangkat,darjat dan kekayaan..UMNO mampu menambat hati rakyat jika mahu berubah,mengubah sikap dan cara bekerja..UMNO harus berhenti menikam belakang sesama ahli parti kerana bagaimana kita nak satukan rakyat jika UMNO sendiri berpecah belah??
*semoga apa yang Dato Seri ungkapkan akan dapat pemimpin UMNO Kedah realisasikan kerana telah terlalu banyak perancangan yang dilakukan tapi execution tak nampak lagi sebab takut depa terlupa dan teroverlook saja*
-adik jeanbara-
Kerajaan Islam PAS Kedah dan Babi-Babinya
Apek Pendang nak ikut serta dalam perbincangan politik Negeri Kedah. Dok saja pun otak nanti berkarat, beku dan jumud. Terharu juga melihat telatah Kerajaan Islam PAS Kedah yang memerintah lebih dari satu tahun setengah dengan isu babi. Tak habis-habis hingga hari ini. Bukan rakyat yang bangkitkan isi babi ini, tetapi Kerajaan Islam PAS Kedah yang hidupkanya.
Selepas pilihanraya yang lalu, selang hanya beberapa bulan, Kerajaan Islam PAS Kedah umum, nak bina ladang babi terbesar di Bukit Selambau. Riuh rendah rakyat Bukit Selambau, Melayu, Cina dan India membantah. Kata seorang penduduk Cina Bukit Selambau, “ bukan sapa-sapa minta pun ladang babi ni, pasai apa Ustaz Azizan nak mai buat di sini”. La gitu ka Ustaz Azizan, pasai apa yang anta suka sangat babi ni. Senyap seketika cerita babi.Tiba-tiba meletup semula cerita babi bila pihak berkuasa Bandaraya Alor Setar merobohkan pusat pemotongan babi di Mergong. Ramai yang membantah termasuk DAP yang bersandiwara.
Lepas tu, senyap-senyap, Ustaz Azizan mengarahkan Pegawai Daerah Pendang untuk mencari tapak di Daerah itu. Kebetulan Pengerusi JKKP Kampung Cina, yang dilantik oleh Ketua UMNO Bahagian menawarkan kawasan di kampungnya. Sekali lagi bising masyarakat kampong sekitar termasuk orang-orang Siam tempatan. Apakah Ustaz Azizan tak sedar, Pendang adalah kawasan pondok terbanyak di Kedah, majoritinya orang Islam. Pasai apa nak bawa tempat potong babi kat kami. Kerajaan Islam PAS Kedah harus lebih perihatin terhadap perasaan orang Islam Pendang. Batal projek di Pendang, bawa ke Tok Pawang, Bidong.
Lagi sekali rakyat berbagai kaum menunjukan bantahan. Ustaz Azizan berkata, “ keputusan kerajaan Islam PAS Kedah tidak akan berganjak, kalau Jawatankuasa Teknikal memperakukanya”. Wow hebat ketegasan Ustaz Azizan.
Apek nak cadangkan kepada Ustaz Azizan, pertama: Bawalah projek babi tu ke Sala, kawasan Ustaz, selesai masaalah. Kedua: Kerajaan Islam PAS Kedah buat pungutan suara di kalangan orang Cina dan India yang sokong PAS dalam pilihanraya dulu, Tanya depa, nak buat di mana tempat pemotongan babi ni, tentu depa boleh habak pasai depa sokong PAS untuk memerintah Negeri Kedah.
Apek Pendang.
18 July 2009
KISAH TAN DAN BAHASA MALAYSIANYA
Tapi yang lebih menariknya bila Tan secara tak langsung mengaku kelemahannya bercakap dalam bahasa
Hmm, ada lagi rupanya spesies yang bermasalah bercakap dalam bahasa kebangsaan ni.
Kalau apek-apek tua yang ada masalah macam ni tak hairan la. Ni generasi muda belia. Secara tak langsung ini membayangkan latar belakang pendidikan dan pergaulan yang Si Tan ni lalui. Dan kerana Tan itu ahli majlis, maka secara langsung pula ia mencerminkan imej dan sikap kita keseluruhannya dalam mendaulatkan bahasa kebangaan.
Rasa-rasanya pada masa akan datang, elok la orang-orang yang dilantik menjawat apa-apa kedudukan yang mewakili kerajaan, tak kira la kerajaan BN atau kerajaan Pakatan, diwajibkan fasih berbahasa
Mat Cincang
17 July 2009
JANGAN DOK KIRA NAK TUDUH...
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak tidak membuat reaksi berlebihan dengan tuduhan-tuduhan palsu berhubung punca kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Muhyiddin berkata, pihak polis sewajarnya dibiarkan membuat siasatan mereka berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Sehubungan itu katanya, pihak pembangkang tidak harus menuduh SPRM terbabit kerana "ia boleh mencetuskan salah faham."
Oleh itu tegas beliau, polis akan menyiasat kes tersebut secara menyeluruh termasuk menyoal kakitangan SPRM jika perlu.
"Saya percaya mereka akan melakukan tugas mereka dengan menyeluruh. Jika perlu polis akan menyiasat SPRM kerana mereka ada kuasa untuk berbuat demikian," kata Muhyiddin.
(Berita seterusnya, klik tang ni)
SILAP KIRA DAN SALAH UMUM DI MANEK URAI?
Hari tu MP Pencen sibuk di Manek Urai. Rasa puas hati menolong BN di sana dengan peningkatan undi yang mendadak. Di samping itu kalau benar dakwaan mengatakan undi di peti undi Manek Urai Lama, diumumkan kurang 100 undi daripada jumlah sebenar, maka keputusan akan berpihak kepada BN pula.
Dengaq kata, di Manek Urai lama, di katakan, BN menang dengan majoriti 289 undi, tetapi Pengurus Pilihanraya umumkan hanya 189 undi. 100 undi lagi “hilang”. Perkara ini pernah berlaku di Pasir Puteh, Kelantan dan Sanglang, Perlis.
Tak apa la, sementara benda tu nak selesai, mai kita ingat balik apa Anwar Ibrahim kata dulu mengenai kerajaan BN:
“Perjuangan Kerajaan BN ada wawasan, toleran dan tidak berjuang hanya untuk sesuatu kaum sahaja”
(Lapangan Terbang Sibu, pada 17hb. April 1995)
“Kerajaan BN tidak pernah tamak kuasa, sebaliknya memerlukanya semata-mata untuk berkidmat kepada rakyat. Kejayaan BN berkidmat dan menanggani masaalah rakyat pelbagai kaum di negara ini merupakan satu kejayaan yang dapat ditunjukan kepada dunia.”
(Di Jalan Sungai Pinang, Pulau Pinang, pada 16hb. April 1995)
Sekarang Anwar Ibrahim berusaha untuk hancurkan BN dan bangsanya sendiri.
MP Pencen
16 July 2009
CUBA BACA TANG NI...
Tindakan wartawan itu jelas mengundang rasa tidak selesa penganut agama Kristian di negara ini - dan mungkin di mana juga jika mereka mengetahuinya. Ini lebih-lebih lagi disebabkan tindakan wartawan itu meludah 'roti suci' untuk diambil gambarnya. (Beritanya di sini)
Kepada yang tak berkesempatan memiliki majalah Al-Islam bulan Mei, tapi teringin nak baca apa yang ditulis wartawan berkenaan, sila klik tang ni. Sebahagian tulisannya termuat di sini.