08 May 2008

PETIKAN UNTUK RENUNGAN XVI

"Saya tak perasan (berita) dalam surat khabar... dia (Karpal) tu orang istimewa." - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bila diminta mengulas berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempersoalkan bidang kuasa Sultan Perak. (Berita penuh klik di sini)

23 comments:

Boikot BN said...

awat tak istemewanya bro....
cerita karpal dok saing 1st ranking kat paper malaysia sambil berentap dgn isu beras yg tak adak dalam negara nie... isu lain dah p ketepi dah... he he he....

sang tuba said...

Salam hormat

Karpal bercakap berdasarkan court award dengan merujuk kepada kes mahkamah terdahulu yang mempunyai sedikit persamaan dengan isu ini.

Orang um-NO hanya mengulang apa yang dicakap oleh para pemimpinnya dengan berdasarkan emosi tanpa fakta.

Bukan saya nak sokong Karpal atau orang um-NO tetapi kita harus berfikir isu ini dengan lebih mendalam lain. Karpal ada fakta, um-NO ada emosi sahaja. Apakah bezanya beliau dengan um-NO???

Sama-sama kita cuba berfikir....

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

cangkui said...

Isk isk sampai dah tak tau kat mana nak berdiri..baik bergayut je la pemimpin2 kita hari ni..

Anonymous said...
This post has been removed by a blog administrator.
geng_kisap said...

aku sokong!

ojisan said...

Salam,

Soalnya sekarang kita kena melihat apa yang berlaku di sebalik cerita apa yang dipersoalkan oleh Karpal singh ini.Beliau telah mempermainkan isu berhubung dengan ketuanan melayu.Isu raja melayu, sultan melayu.Tonggak orang melayu dalam mempertahankan hal - hal berkaitan dalam bab agama dan adat istiadat orang melayu.Bukan nak kesampingkan hal undang - undang.Masalahnya ada cerita di sebalik cerita.

Akibat daripada kelemahan kuasa politik yang ada pada batang tubuh presiden orang melayu yang dipilih secara majoriti kita hanya ada raja dan Sultan.Jika perkara ini asyik di pertikaikan maka sangat wajar orang melayu patut bangkit dan perjuangkan semula hak - hak yang telah pun termaktub dalam perlembagaan kita.Ini Tanah Melayu walau apa pun namanya tetapi ini TANAH MELAYU..
HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU !
HIDUP MELAYU !

mengkuang said...

Masaalahnya, kerajaan hari ini di perintah oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang teramat lemah dari segi pemikiran dan pertimbangan. Dalam kata lain bengong kot!!!

Dia tangkap Raja Petra Kamaruddin (RPK) atas akta hasutan. RPK tak mau di ikat jamin. Nah dia kalah ka menang , dia akan keluar sebagai hero di mata dunia!!

Sekarang Karpal Singh, 1) kes Sultan Perak, 2) Kes Tengku Mahkota Kelantan dan 3) kes titah ucapan KDYMM Yang Di Pertuan Agong. Apa bezanya dengan RPK??? Mana lebih berat???

Ahli UMNO dengan Sultan Terengganu, juga mengundang masaalah yang sama. Tak dak sapa boleh berada di atas undang-undang!!!

Jadinya, apa Pak Lah nak buat??? Dengan TPM dan Menteri dalam Negeri yang dak otak makin sempit dan tak mampu nak berfikir.

Kita tunggu bom jangka yang akan meletup....... kita jangan terkejut kalau isu ini tak di tangani secara cermat dan bijaksana (yg saya khuatir dan tak percaya dengan Pak Lah oleh buat) UMNO dan kerajaan hari akan ruyup lebih cepat dari yang kita jangaka...

Anonymous said...

Salam Buat Semua,
Sekarang sudah nampak dengan jelas wacana politik DAP. menggunakan segala kesempatan yang ada bagi merealisasikan cita-cita Malaysia For Malaysian. Perjuangan DAP adalah untuk menyatakan Malaysia bukan HAK mutlak Melayu. Jadi kenapa mesti ada ketuanan Melayu, Mengapa mesti ada Keistimewaan orang Melayu. DAP telah menggunakan kesempatan untuk berbaik dengan PAS dan PKR bagi merealisasikan impian ini. Pada DAP inilah kesempatan yang terbaik buat mereka kerana negara diperintah oleh Barisan Kepimpinan yang LEMAH dan ditambah pula dengan sokongan dan dokongan daripada parti-parti yang bercvita-cita besar ini. Ingatlah sahabat-sahabatku dalam PAS dan PKR. Orang lain tidak akan rugi apa-apa tapi kita yang akan merana. Anak cucu kita yang akan merempat dibumi sendiri satu hari nanti. Kembalilah kita bersatu dibawah panji-panji UMNO kerana hanya inilah saja peluang yang kita ada. Kalau kita sama-sama merasa Pak Lah dan Najib tidak akan dapat menjaga kepentingan kita, ambillah peluang pada pemilihan ini untuk mengubah kedudukan mereka tetapi jangan lari daripada UMNO kerana dalam keadaan ini hanya parti sahaja yang dapat menjaga kepentingan kita dan anak cucu kita dimasa hadapan ( sekurang-kurangnya untuk tempoh ini .

cangkui said...

Bab geng liberal duk buat hat pelik2 ni aku tak heran sangat..Duk heran puak2 kita tu punyala duk sokong nak kebebasan sangat! Geng apek kat Singapore tu memerintah takdak pun kebebasan..Pasaipa geng rakyat apek depa tak buat perhimpunan haram atau mogok pun.. Sana lagi strict nak makan chewing gum atau singgam pun tak boleh..Yang sebenarnya bukannya depa nak kebebasan sangat pun saja ja nak tekan orang kita..Aku rasa matlamat utama depa ialah nak tunjukkan yg org kita ni koman dan tak layak pegang kuasa memerintah..itu saja

Anonymous said...

YA kita sudahpun merempat di negeri kita sendiri... Ingat tak kesalahan apa yg telah kita buat hingga kita melukut di tepi gantang.. jangan mudah lupa...

Ingat tak talibarut penjajah iaitu umno telah....sepakat dgn penjajah memberi kerakyatan kpd ahcong dan mutusamy dlm Jose soly... dan tarafnya sama dgn Melayu...

Ingat tak budak suruhan penjajah iaitu umno telah menyerahkan Singa Pura kpd bangsa apek wlupun toknenek kita Sang Nila Utama yg membukanya...

Ingat tak malaun penjajah iaitu umno telah melenyapkan kuasa sultan2 dan raja melayu hingga kuasa raja melayu cuma mengenai melihat anak bulan...

Ingat tak keparat penjajah iaitu umno telah menukar 'tanah melayu' kpd Malaysia (melay yg sial)dan meminda segala undang2 hingga bangsa asing dpt mengaut keuntungan pelbagai...

Hingga kini Msia negara yg semakin meningkat kadar murtad di kalangan melayu, kadar jenayah, rasuah, ekonomi yg merudum dan pelbagai lagi... lagi... dan.. dan..

Skrg sidayus penjajah itu..menyalak lagi kononya perjuangkan ketuanan melayu... Ayuh katakan tak nak kpd mereka... humbankan sendiwara mereka dgn katakan.. berambus dari bumi melayu kami... pergilah bersama bapa penjajah kamu!

geng_kisap said...

pandai wat pandai tanggung.......apa yang hang cakap aku rasa banyak yg betul...aku rasa la UMNO ni patut berkubur ja la......yang dlm umno semua mata duitan...aku sokong kepimpinan DMM.........

Anonymous said...

akupun sokong hang geng-kisap, umno la menjahanamkan melayu, pelingkup negara... kita lantik DMM jadi agong, jadi PM dan jadi Presiden... dan khalifah... tak dak parti2.. yg peghintah hanya oghang melayu..mcm brunei aman makmur..

ojisan said...

Salam,

Umno bukan pelingkup negara ini.Umno sebuah parti politik orang melayu yang memulakan langkah untuk nyahkan penjajah dari bumi ini.Memang banyak pertubuhan - pertubuhan melayu lain yang ada pada ketika itu tetapi mereka bergerak secara bersendirian.Munculnya Umno yang mengerakan penyatuan umat Melayu sehingga berjaya menghalau penjajah.Apakah fakta sejarah ini hendak diputarbelitkan ?.Kesungguhan yang ada pada pemimpin melayu ketika itu sangat besar ertinya.

Malangnya yang bergelar manusia pada hari ini yang mengaku melayu beragama islam tetapi kosong dalam penyumbangan kepada masyarakat dan negara.Ketamadunan manusia itu bergerak mengikut peredaran zaman.Sejauh mana kebijaksanaan yang ada pada manusia itu untuk bergerak mengikut zamannya terletak keatas manusia itu sendiri.Sejarah zaman telah membuktikan dari zaman paleolitik, meseolitik dan neolitik.Manusia itu bergerak mengikut zamanya.

Hari ini dengan kita pergi mendengar ceramah parti politik kita sudah mengaku berjihad untuk islam, berkhidmat untuk negara.Pada hal perkara - perkara lain yang lebih penting telah kita kesampingkan.

Kalau parti Pas benar - benar telah berjaya mendominasi orang melayu ketika ini, kenapa di dalam parlimen wakil parti Pas tidak menjadi ketua pembangkang ?Apa silapnya.Tak kena tang mana..(kata orang kedah).Sebuah parti yang diagung - agungkan cukup kuat tetapi lemah pada hakikatnya.Cukuplah kalau dikatakan parti Pas hanya pelengkap kepada kuasa orang lain...cakap berdegar - degar ekor terpalit tahi.....

Minta maaf dan terima kasih.

Anonymous said...

Ojisan... had hang dok habaq tu semua oghang tau... buku sejarah yg ditulis sendiri oleh talibarut penjajah...

Generasi skrg tidak boleh ditipu lagi... begitu senang merdeka.. begitu senang peralihan kuasa dari bapa penjajah kpd anak didikanya...

Generasi skrg tidak buta..

Anonymous said...

Ojisan

Ketua Pembangkang kat Parlimen dipilih berdasar parti yg banyak kerusi dan PKR banyak kerusi bukan PAS atau DAP...Tak tau kira ke?

Balik baca ngaji dulu belajar...

Kalau hang naki ikut sejarah...hang kena la ingat...macamana perjuangan depa dulu...bukan untuk perut depa, anak bini depa atau kroni depa...untuk negara, bangsa dan agama...tapi pemimpin la ni tak sama dah...terbalik habis...dah nak terjual pun tanahairku ni.

Lan Hingaq

Anonymous said...

Salam Untuk Semua,
Insya Allah negara akan terlungkup apabila terdapat ramai anak muda berpelajaran tinggi bercakap ikut nafsu dengan menidakkan fakta yang ada. Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia merdeka tanpa tumpah darah hasil bijaksana pemimpin terdahulu. Keadaan semasa yang membuatkan pemimpin terdahulu terpaksa mengikut segala syarat yang ada dengan harapan apabila ianya telah merdeka, pemimpin yang akan datang yang akan meneruskan visi perjuangan ini mengikut acuan semasa ( masakini ). Kepada sdra-sdra yang pandai berkata-kata, inilah masanya untuk membuktikan sdra juga pandai untuk mengisi segala kekosongan yang ada, perbetulkan keadaan bukannya menyalak mendabik dada mengata pada pemimpin terdahulu. Bayangkan bagaimana mungkin nasib sdra kiranya negara masih belum merdeka ketika ini. Mungkin sdra juga tidak akan pandai berkata-kata sehebat hari ini kerana mungkin sdra juga tidak pernah berpeluang untuk menjejak kaki kesekolah. bersyukurlah dan yang paling penting gunakan segala ilmu didada ( hasil daripada perjuangan UMNO ) untuk meneruskan visi perjuangan negara. jangan harap orang lain akan datang membina negara ini melainkan kita. Jangan biarkan kita dijajah semula.

AbnormalSuam said...

Memang tak nampak dan perasan sebab bai tua tu, puak depa... cuba kena kat puak yang depa duk bangkang, bukan kata dengar, nampak lagi... siap selak, kelebek, korek dan kengkadang siap buat analisis dan spekulasi lagi...

biasalah... cakap orang politik nih sama macam cerita dongeng budak pengembala kambing dan serigala... kuat membohong!

Name/URL said...

betoi tu, harus diingat dan kenali diri, sekeliling negara kita dah ditimpa bencana, dekat saja dengan kita, malapetaka ..tsunami tempias ke kita sekarang Nargis di Burma, jika kita renung why Burma?, ingatkah lagi kekejaman Junta Tentera terhadap rakyatnya, jangan lupa juga kekejaman Siam Perut Hijau di sebelah dapog kita, Kerisik

sekali datang x siapa dapat halang. Allah Maha Besar...setiap terjadi adalah kesalahan manusia...juga penyebabnya, bukankah manusia membuat kerosakan, di Kedah Negeri Kepuk/Bekas Padi pun dah ranking jatuh pasai apa ? 95% tanah simpanan Melayu telah terjual kepada tokey2 Tionghua bergigi emas, lihat sahaja kws dalam Suburb Bandaraya Alog Setag cth. Mergong, rumah ratus ribu, org Melayu di mana?, rumah teres Taman Cencaru,Taman Mergong Indah, Kelisa ,Perpaduan dan disekitarnya Bendang "Tok Wan" telah habis tergadai/jual.Tok Wan dah lama pergi....,anak cucu juga yang galak menjual tanah bendang. Betapa proses tukar hakmilik begitu cepat ke atas tanah Rizab Melayu..95% silalah rujuk Jabatan Penilaian Harta,Alor Setar...

Betul kata orang tua2 dalam cerita Mahsyuri, utk gambarkan betapa padi adalah lambang kemakmuran, semangat padi...,bila padi kurang, ayam di bendang boleh mati kelaparan, ...beras naik harga,rakyat disuruh jangan membazir beras kata Tok Pa, BERNAS and syarikat kroni saja yang dapat AP(Approval Permit) untuk import beras yang tertakluk kepada Customs Order(Prohibition of Import)1988, Second Schedule.lihat saja SYARIKAT PILIHAN BERNAS,bukankah si Tionghua Bergigi Emas, Melayunya di mana?, sebahagiannya saja mengusahakan kilang Padi (di panggil Pusat Belian), jika si Tionghua Bergigi Emas boleh mempertahankan haknya tanpa dipaksa, mengapa kita yang LALAI?, si Tionghua Bergigi Emas kekal bertapak di Titi Besi walaupun kawasan sekitarnya mengalami keajaiban "Bendang Bertukar Menjadi Rumah"..

...rakyat di suruh memakan dedak nasib baik bukan sekam padi, kerana kuasa beli beras telah jatuh, dulunya 5% hancur "PILIHAN BERNAS" OK , la ni dengan harga yang sama mungkin 10% hancur pilihan bernas.

..

sintokman said...

Sebahagian drp sdr-sdr semua saya kira tersasar jauh daripada 'petikan yang patut direnungkan' dalam posting ini.

Yang perlu kita ulas ialah tindakan Husam Musa yang seakan-akan enggan mengulas kenyataan-kenyataan Karpal Singh, bukannya melencong jauh pada soal-soal lain yg menyebabkan kita hilang fokus.

Saya tak mahu komen panjang. Tetapi sampai skrg saya masih heran macam mana seorang pemimpin mcm Husam, yg juga blogger boleh tak perasan berita mengenai kenyataan-kenyataan Karpal itu sdgkan depa yg duduk di kampung terpencil pun tau sangat tntg berita tu.

Kalau nak mengelak pun Husam patut beri alasan lain la...

Anonymous said...

saya setuju apa kata sintokman..

inilah melayu.. belum apa2 dah gaduh sama sendiri.. macam mana sekalipun kita tetap melayu sebangsa & seagama.. sekurang2nya pertahankanlah sultan & agong yg menjadi simbol kita.. simbol ketuanan melayu..

UMNO ada kekurangannya.. tapi utk saya sama ja PAS & PKR sekarang..
2x5 5x2.. PAS & PKR juga berdiam diri dlm isu ini.. bagai ludah kena muka sendiri..

renung2kan..

anak langkawi

Anonymous said...

KARPAL DAN PAS


Wa tengok Karpal ni, sejak akhir-akhir, semakin gila publisiti. Kalo artis gila publisiti tidak mengapa. Tetapi, lu berlabel Barisan Rakyat di dahi. Namun, sebenarnya, ada 2 sudut yang perlu dinilai di situ.

Sudut pertama.

Sudut pertama ialah kematangan PAS berbanding UMNO yang semakin kuat melaungkan sentiment perkauman. Kematangan PAS ini dinilai oleh non muslim (bukan Melayu dalam konsep ini). Karpal mendabik dada menonjolkan diri sebagai jaguh, sebagai hero terbilang non muslim, UMNO membantah dan bergasak dalam rangka perkauman.




Ketika UMNO membantah dalam rangka perkauman inilah, non muslim melihat PAS tenang dan matang dalam rangka universalnya. Sudut pertamanya lah.

Sudut kedua.

Sebelum dihuraikan sudut kedua ini, wa perlu membawa kepada situasi Melayu kepada PAS berbanding UMNO. Ayunan perubahan di kalangan Melayu kepada Barisan Rakyat tidak tinggi. Jadi, bolehlah dikatakan sebenarnya UMNO masih relevan bagi orang Melayu yang lemah daya fikir ini.

Sudut kedua isu kedabikan Karpal ini ialah, Melayu akan melihat UMNO mulai sedar dan insaf. Kembali kepada perjuangan Melayu. Ditakuti marah-marah Melayu kepada UMNO adalah marah-marah sayang. Sekiranya ini berterusan, melalui sudut ini, kemungkinan keputusan PRU13 tetap seperti ini.

BN masih memerintah negara, tetapi tidak 2/3 majoriti. Perlis, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kekal di tangan BN selain Sabah dan Sarawak. Malah, silap-silap, Perak kembali jatuh ke tangan BN seperti Terengganu 2004. BN memerintah Perak dengan pembangkang bukan Melayu yang amat kuat.

Antara kedua sudut ini.

Kita perlu mempunyai nilai ketamakan (tamak) yang baik. Nilai ketamakan yang baik ini membuatkan kita sentiasa mencari jalan mencapai sebanyak mungkin keuntungan. Jika tidak dapat, terpaksa pilih yang mana paling untung antara pilihan-pilihan itu.

Dalam hal ini, sudut pertama itu sudah menghala kepada PAS. Tetapi sudut kedua pula membelakangkan PAS. Nilai ketamakan yang baik, sudah tentu mahu kedua-dua sudut itu menghala kepada PAS. Namun, tidak semudah itu. Di sinilah PAS memerlukan kelicikan untuk mencilok.

Dilema.

Sekiranya PAS memalingkan sudut kedua kepadanya, yakni menjadi juara Melayu, juara mempertahankan institusi istana dalam isu Karpal ini, maka, sudut pertama akan mula berpaling. Non muslim akan melihat PAS parti perkauman, atau melihat PAS tidak matang kerana sanggup memilih meretakkan Barisan Rakyat semata-mata isu individu Karpal, atau pelbagai persepsi yang lain.

Sekiranya PAS hanya kekal mengikut arus ini, berdiam diri, membisu seribu bahasa terhadap kelancangan Karpal, maka, UMNO akan menyerlah dalam mempertahankan ketuanan Melayu. Jangan guna persepsi Melayu bandar, tetapi persepsi Melayu pendalaman, Melayu Felda2.

Cilok.

Jadi, dengan nilai ketamakan yang baik, PAS perlu mencilok. Pilih sudut yang membelakangkan terlebih dahulu (sudut kedua). Fokus terhadapnya, dan cari satu kaedah memalingkan sudut kedua itu, sambil mengawal kerosakan sudut pertama. Secara analoginya ialah, yang berada di dalam genggaman adalah buah lai, yang mahu dan perlu dicapai ialah buah rambutan. Jadi, fokuskan kepada buah rambutan sambil mengawal kerosakan atau kelepasan buah lai tadi.

Bagaimana?

Karpal adalah non muslim. PAS mempunyai kelab non muslim. Jadi, mintalah kelab non muslim yang menegur Karpal, secara terbuka, secara lembut, secara berfakta, dengan baik. Minta Karpal supaya tidak mendahului Barisan Rakyat. Minta Karpal tidak menghina Sultan. Minta Karpal supaya menjaga hubungan sesama kaum dan hubungan kekeluargaan Barisan Rakyat. Fokus haruslah diberikan kepada BN.

Sekiranya tidak berkesan cara lembut, PAS ada Ibrahim Ali. Memegang tiket PAS, tetapi ahli bebas yang belum terpadam label UMNO di dahinya itu. Ciloklah. Minta Ibrahim Ali ‘basuh’ sikit Karpal.

Akan tetapi, sekiranya kelab non muslim, atau Ibrahim Ali menegur Karpal, ahli PAS yang lain jangan melatah pula. Naik ‘syeikh’ pula turut serta. Seperti isu tunjang. Seorang mula buat hal, yang lain turut sama buat hal. Masalah juga pemimpin lurus bendul ni.

Tidak semestinya benar.

Tidak semestinya benar. Hanya satu perkongsian idea. Tulisan ini adalah berdasarkan nilai ketamakan yang baik. Sudah pasti mempunyai risiko. Silap percaturan yang kejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Namun, perlu diingatkan. Anda mahu menakluki Malaysia. Sudah pasti anda perlu memiliki jiwa penakluk. Antara jiwa penakluk itu adalah berani, tamak dan licik. Melayu bukan bangsa penakluk, tetapi bangsa yang ditakluk bertubi-tubi. Sudah pasti idea ini mendatangkan sedikit kejanggalan.

Buat pihak penyokong UMNO.

Meh sini wa kongsikan lu satu sudut yang mustahil dijumpai oleh Melayu. Sudut itu ialah begini.

MCA / MIC / PPP / etc, biarkan dijaga PAS.

DAP / etc, UMNO jagalah.

Lu tak puas hati dengan DAP / etc, lu balun lah cukup-cukup.

Kalau lu tak puas hati dengan MCA / MIC / PPP / etc lu suruh la PAS balunkan.

Amacam?

Wallahualam.

tok dam said...

Anon 8:58,

Lu nampak macam pandai..

pandai kelentong!

dap dah buat macam2 kenyataan yg membelakangkan pas, tapi pas tak boleh nak buat apa2.. bukan pasai tak mau buat..tapi tak boleh buat! depa dah kena buli dalam pakatan tu..maklum la 2 lawan 1..yg 2 tu pulak punya la banyak kerusi dalam pakatan ni..pas punya ciput saja macam mana nak lawan.. tok sah dok merapu la dengan teori2 hang tu..apa yg jelas la ni pas dah jadi dayus dan dah mula mabuk kuasa!

Name/URL said...

betoi tu, harus diingat dan kenali diri, sekeliling negara kita dah ditimpa bencana, dekat saja dengan kita, malapetaka ..tsunami tempias ke kita sekarang Nargis di Burma, jika kita renung why Burma?, ingatkah lagi kekejaman Junta Tentera terhadap rakyatnya, jangan lupa juga kekejaman Siam Perut Hijau di sebelah dapog kita, Kerisik

sekali datang x siapa dapat halang. Allah Maha Besar...setiap terjadi adalah kesalahan manusia...juga penyebabnya, bukankah manusia membuat kerosakan, di Kedah Negeri Kepuk/Bekas Padi pun dah ranking jatuh pasai apa ? 95% tanah simpanan Melayu telah terjual kepada tokey2 Tionghua bergigi emas, lihat sahaja kws dalam Suburb Bandaraya Alog Setag cth. Mergong, rumah ratus ribu, org Melayu di mana?, rumah teres Taman Cencaru,Taman Mergong Indah, Kelisa ,Perpaduan dan disekitarnya Bendang "Tok Wan" telah habis tergadai/jual.Tok Wan dah lama pergi....,anak cucu juga yang galak menjual tanah bendang. Betapa proses tukar hakmilik begitu cepat ke atas tanah Rizab Melayu..95% silalah rujuk Jabatan Penilaian Harta,Alor Setar...

Betul kata orang tua2 dalam cerita Mahsyuri, utk gambarkan betapa padi adalah lambang kemakmuran, semangat padi...,bila padi kurang, ayam di bendang boleh mati kelaparan, ...beras naik harga,rakyat disuruh jangan membazir beras kata Tok Pa, BERNAS and syarikat kroni saja yang dapat AP(Approval Permit) untuk import beras yang tertakluk kepada Customs Order(Prohibition of Import)1988, Second Schedule.lihat saja SYARIKAT PILIHAN BERNAS,bukankah si Tionghua Bergigi Emas, Melayunya di mana?, sebahagiannya saja mengusahakan kilang Padi (di panggil Pusat Belian), jika si Tionghua Bergigi Emas boleh mempertahankan haknya tanpa dipaksa, mengapa kita yang LALAI?, si Tionghua Bergigi Emas kekal bertapak di Titi Besi walaupun kawasan sekitarnya mengalami keajaiban "Bendang Bertukar Menjadi Rumah"..

...rakyat di suruh memakan dedak nasib baik bukan sekam padi, kerana kuasa beli beras telah jatuh, dulunya 5% hancur "PILIHAN BERNAS" OK , la ni dengan harga yang sama mungkin 10% hancur pilihan bernas.

..