Tun Dr Mahathir kata, selepas PRU yang lalu dia ada meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang berjumpa dengannya bagi membincangkan isu-isu semasa atas rasa prihatinya terhadap apa yang berlaku ke atas UMNO.
Najib pula kata, menurut Tun, dia akan datang tetapi mesti mendapat kebenaran Perdana Menteri terlebih dahulu.
Dan kata Tun lagi, “Rupanya dia tidak mendapat kebenaran, jadi, sampai sekarang dia tidak berjumpa dengan saya.”
10 comments:
DS Najib ni baik sungguh naaa...dgn bos dia patuh...dgn bini dia patuh...kagum..kagum!
Dalam sejarah politik Najib daripada umur 23 tahun hatta sehingga menjadi timbalan perdana menteri ketika ini pun dia tidak pernah merasai erti perlawanan.Dia mendapat tempat hasil titik peluh orang lain.Semua belukar dan semak samun dirintih oleh orang lain untuk memberi tempat kepadanya.
Dikala Umno telah hampir hancur la ni pun Najib masih diam membisu.Berbagai pengorbanan telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir bagi merintih jalan untuknya namun apa yang diharapkan oleh Najib ialah Pak Lah menyerahkan kuasa kepadanya secara percuma...
Sampai hati Tok Najib membiarkan asas perjuangan Umno iaitu "Berjuang mendukung cita-cita kebangsaan melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa,agama dan negara"semakin hilang,longgar dan lesu.Satu demi satu kuasa yang ada kepada kepimpinan melayu Umno telah dikais oleh bangsa lain secara rakus.
Sampai bila ahli - ahli Umno sanggup tunggu dan lihat kerakusan pemimpin bangsa lain merebut satu persatu kuasa orang melayu untuk kepentingan mereka.Sampai bila orang - orang Umno sanggup bertahan dengan keadaan seperti ini hatta sekarang ini pun Karpal sigh secara terbuka berani mencabar raja melayu.Sampai bila lagi orang - orang melayu atau ahli - ahli Umno hendak menunggu para pemimpin yang mereka letakan diatas puncak berani berjuang untuk Bangsa dan Ketuanan Melayu.
Sampai bila....
Sampai bila....???
Sedarlah para pembesar Umno "Adalah lebih baik menanam rumput untuk mengemukan kambing daripada menanam kambing untuk mengemukan rumput".
Bertindaklah Tok Najib jangan sampai nasi dah jadi bubur...
Terima kasih.
UMNO kini berada di persimpangan jalan (1) Untuk terus kekal memerintah (2) Berkubur dan tidak lagi relevan dalam politik Malaysia.
Perubahan yang perlu di buat perlu drastik. Mesti ada woww...faktor. Mesti menarik perhatian. Mesti yang luar biasa. Kalau mengikut kaedah kovensional macam Pak Najib dan Pak Lah sekarang ini, bermakna dalam PRU 13 nanti hanya padah yang menanti nasib UMNO
Diperhatikan setakat ini, nampaknya walaupun di peringkat akar umbi suasana sedang mengelegak, panas, tiada usaha yang menampakkan kesungguhan samada dari segi struktur, polisi, pendekatan yang bersemuka dan pendekatan bersepadu dari pemimpin dalam menyelesaikan masaalah, langsung tidak ada.
Yang ada, hanyalah perjumpaan untuk melepas batuk di tangga di sana sini, Pak Lah dengan ketua cawangan, Najib dengan J/k bahagian dll. Pendekatannya lebih untuk menyejukkan hati dari menyelesaikan masaalah besar yang di hadapi UMNO.
Lebih teruk lagi, semua pendekatan, seruan dari pemimpin UMNO masih lagi dalam nada menidakkan keupayaan berfikir ahli-ahli UMNO... day by day they keep on insulting our intelegence...
Cadangan baik Tengku Razaleigh di pandang remah oleh presiden. Tan Sri Mahyuddin bersuara tiada sambutan lansung. Ahli MKT menjadi pak turut yang paling 'low class'setakat ini dalam sejarah UMNO Malaysia.
Masa yang ada terlalu singkat. Mengharapkan Dato Seri Najib, macam mengharapkan buah tak jatuh dan beliau mempunyai bebanan diri yang tak memungkinkan mempunyai aura bagi mendapatkan balik sokongan yang semakin hilang..
Ahli UMNO hanya punya satu sahaja pilihan sekarang ini.. Perubahan drastik dalam pemilihan kepimpinan di peringkat negeri dan ahli MT termasuk siapa presiden dan timbalan presidennya... Jika tidak selamat tinggal!
Salam hormat
Ternyata, teruk-teruk TUN semasa pentadbirannya dahulu, masih mempunyai taring berbisa sehinggakan nak berjumpa dengan beliau pun memerlukan kebenaran.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat para sahabat di atas yang jelas memberikan satu komen yang diharap dapat membuka dan minda para pembaca khususnya para ahli um-NO terhadap situasi sebenar di dalam bahtera um-NO yang hampir tenggelam dilanggar tsunami PRU12.
Malangnya, disebabkan kepentingan harta dunia, mereka sanggup merendahkan diri menjual maruah malah sanggup melakukan apa saja demi $$ hatta berdolak dalih dan tidak menghormati ahli um-NO di peringkat bawah.
Semakin terang lagi bersuluh, um-NO sudah tidak relevan lagi di dalam memperjuangkan bangsa meLAYU. Sebab itulah mereka sanggup melacurkan meLAYU untuk memastikan kesinambungan $$ yg dapat selain mengumpul sebanyak $$ yg boleh sebelum diturunkan dari jawatan yang ada.
Ahli um-NO masih tak sedar???
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
Pengajaran daripada cerita2 ni..Janganlah percaya sangat kat orang yg pura2 alim ni mcm Paklah..Kadang2 depa lagi teruk
menitis air mataku melihat umno sekarang yg tengah nazak...tak dak orang nak baca yasin..sedih... mungkin paklah nak tunggu umno ditalkinkan dan pada masa itu...semua org umno akan teriak keluaq ayag mata daghah pun ... kuasa itu tidak dapat diambik balik... dan org melayu akan menjadi spt melayu yg ada di singapore
aku tak tau nak kata apa bila bincang bab umno..letih,sedih,pilu ,marah, geram semua ada..cuma aku nak perturunkan beberapa soalan utk kita bincang supaya kita akan mendapat sesuatu yg terbaik..
1.Adakah umno masih lagi relevan kpd org melayu?.
2.Sekiranya pak lah turun adakah masalah ini akan selesai.
3.apakah perlu rombakan besar besaran melibatkan peringkat pengurusan parti,majlis tertinggi ,perhubungan negeri, bahagian dan cawangan.
4.adakah alternatif lain selain umno utk menjadi pelindung kpd.org melayu .
samasamlah kita fikirkan...
Saya ingin sama-sama mencari jawapan bagi soalan-soalan sdr jin tokai ini. Tapi keinginan untuk mendapatkan reaksi daripada Sdr Ramli Mohd Yunus lebih besar daripada itu. Dipersilakan Sdr Ramli...
Dengar katanya pula hari ni Pak Lah buat kenyataan tak pernah melarang Najib pergi berjumpa mahathir?
Mana satu nak percaya ni? Tapi macam lah tak logik jugak encik najib tu kata "kena mintak izin PM dulu..." Kena kekang sangat ke kena report mintak izin dulu sebelum nak buat apa2? Biar betul najib.... Boleh percaya ke ko ni... Entah saje nak kenakan Pak Lah...
Saudara,
Saya takut untuk berbicara mengenai kedua dua tokoh ini. Takut takut ter`kata' yang tidak patut dikata.
Tun kata Pak Lah hanya sedia jadi PM satu penggal, Pak Lah kata tidak ada `janji' semacam itu. Salah seorang dari mereka tidak bercakap benar!!
Kedua, Tun kata, Najib kena tunggu Pak Lah bagi `green light' baru boleh jumpa Tun, Pak Lah pula kata `tak ada..tak halang'. Salah seorang tidak bercakap benar, tetapi yang ini termasuk Dato Najib!!
Saya takut dan terus takut untuk membuat komen dan analisa. Takut takut saya terheret sekali dalam polimek SIAPA BERCAKAP BENAR. Dan saya paling takut untuk mengetahui SIAPA yang tidak bercakap BENAR!!!
RAMLI MOHD YUNUS
Alor Star.
Post a Comment